Saturday, 8 November 2014

CIRI PEDAGOGI ABAD KE 21 (SUATU PANDANGAN)

Semuanya atas desakan kemajuan peradaban manusia.  Kita guru perlu melakukan perubahan itu bagi menyediakan modal insan untuk  menghadapi cabaran yang akan datang.

Saya akan menyentuh apa yang telah kita ada sekarang dan apakah yang perlu kita tambah pada diri kita bagi berjaya melaksanakan cabaran sebagai guru yang akan mengendalikan pedagogi abad ke 21. Atau dalam kata lain kita yang menjalankan PdpA21 (proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21).  


Soalan yang bermain di kepala aku sebagai guru ialah bagaimana nak melaksanakan pedagogi abad 21 ni ????
Bahan edaran perlu buat tak macam sekarang ni ?
Perlu ke aku bawa budak ke komputer lab untuk buat PdpA21 tu.  Tak boleh ke buat di kelas diaorang ?
Wajib ke aku pakai LCD dan laptop?
Takkan setiap kali aku kena guna  ICT (serve internet)?
Bagaimana dengan asakan soalan KBAT tu.  Bolehke pdp aku tu menyediakan pelajar agar dapat memperoleh markah tinggi dalam soalan KBAT tu dengan melaksanakan PdpA21
Bagaimana bahan yang perlu aku edarkan kepada pelajar aku supaya mereka ialah element yg menjayakan pembelajaran abad ke 21
Apakah kaedah atau method yang perlu aku buat bagi mencirikan pdp aku tu pedagogi 21?


Kita mesti tahu  apa ciri ciri pdp kita tu.  Bagaimana nak sediakan pdp tu.  Apa persiapan yang perlu dibuat. Apa kaedah yang perlu dijalankan bagi menjayakan pdp itu.

Maka ....... aku nak share sikitlah dapatan googling aku bersama kalian. berkaitan dengan ciri ciri pedagogi abad 21 ni ...

Pedagogi Abad 21
Mungkinlah inilah antara ciri cirinya

-          Merangsang penyelesaian masalah
(pdp tu mungkin bermula dengan satu persoalan yang memerlukan pelajar untuk     menyelesaikan masalah)
            Menggunakan Projek Base Learning (maknanya pembelajaran pelajar adalah secara projek                 bukan seperti sekarang kot di mana kita guru yang bagitau mereka)
            Contoh
            Kreativiti dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


-          Bekerja secara kaloboratif
(maknanya persediaan guru tu adalah seperti Lesson      Studi – sediakan bahan  bahan , memerhati pdp dan membuat refleksi.  Maknanya kita guru maths SMK   Jelai (F) pernahlah melalui pedagogi begini


-          Meliputi pelbagai disiplin ilmu
Mungkin sewaktu mengajar subjek maths tu kita kaitan dengan subjek goegrafi,  subjek sains, subjek sejarah, subjeka Bahasa, subjek Pendidikan Islam, subjek MPV        Perabot, subjek PSV, subjek EA, subjek RS, subjek SPN, Kimia, Fizik , Biologi, PA dan       lain lain


     
-          Mengaitkan keadaan sebenar (kontekstual)
Pdp tu mengaitkan dengan kehidupan sebenar.  Contoh dalam pdp matematik..        Ambillah tajuk penjelmaan.
Mungkin kita guru boleh buat sewaktu set induksi itu tunjukkan corak sesuatu                   seperti     di                     https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTKPTmTIv1hggaGwEJLoNH8NGKlkfNnuc-Z6f8_v7_c934diy8nBA


-          Menggalakkan kemahiran berfikir
Apabila pdp tu seperti projek base learning, kita guru mesti bersedia untuk                       memikirkan dapatan pelajar yang mungkin akan mencabar content kita terhadap   silibus atau sukatan.  Sebagai guru matematik, cabaran yang paling ketara apabila membenarkan pelajar melalui proses pembelajaran projek base ialah kita  akan dapat bi modal berlaku, set data ogif yang membentuk ogif sebagai garis lurus, perubahan data secara konsisten tidak selari dengan perubahan terhadap sukatan kecenderungan memusat seperti yang diharapkan
Secara amnya, pedagogi 21 ni bukan sahaja begitu rupanya, malahan tanpa kita sedari ianya telah menggalakkan apa yang kita kenali sebagai pembelajaran kontstruktivisme.  Konstruktif.  Biarkan mereka belajar secara konstruktif. Tapi awas.  Kita guru perlu kawal pembelajaran ini agar ia tidak menjadi pembelajaran radikal konsturktivisme.  Penemuan penemuan yang menyimpang perlu ditegah

Thursday, 6 November 2014

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kalau dulu....... soalan yang begitu menggerunkan aku apabila cikgu maths aku tanya aku

                                          5 + 5  berapa

Menggigil aku mencari jawapannya.........
Akhirnya jawapan tu aku dapat dan cikgu pun tahu jawapan aku itu betul sebab ianya  sama dengan jawapan cikgu.

Tapi sekarang benda yang sama berlaku tapi dari perspektif yang berbeza iaitu

                                         siapa + siapa dapat 10

Kali ini bukan pelajar sahaja yang menggigil  malahan  aku pun turut menggigil......
Sebab jawapan pelajar aku tu bermacam macam dan tidak sama dengan jawapan aku.  Last last aku kena check jawapan yang  diberi oleh pelajar tu samada betul atau salah .  Aku tak boleh terus menghukum atau memuji pelajar atas jawapan yang dikemukakannya.  Sebagai contoh jawapan yang mungkin diberi oleh pelajar sekolah rendah ialah semua nombor bulat.  Pelajar yang mencapah pemikirannya mungkin memberi jawapan dalam bentuk perpuluhan atau dalam bentuk pecahan atau kedua-duanya sekali.  Bagi pelajar yang mengaji matematik tambahan mungkin akan menyebabkan keadaan lebih mencapah lagi.  Mereka mungkin memberikan jawapan seperti di bawah

                         log 10  +  9    atau   tan 45 + 9cos 0

Berikut dicerahkan berkaitan dengan item yang di kategorikan sebagai item KBAT

Sumber



CONTOH SOALAN KBAT BAGI SUBJEK SAINS


CONTOH SOALAN KBAT DAN SOALAN KBAR SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN
TOPIK JANJANG

Soalan Janjang KBAT
 Soalan bagi topik Janjang di sebelah adalah soalan berbentuk KBAT kerana memenuhi ciri ciri soalan KBAT iaitu
1.  Stimulus - petikan cerita iaitu Azmah itu seorang jurujual dan seterusnya...
2.  Pelbagai tahap pemikiran- (saya merujuk kepada aras atau tahap inteleks Oliver Wendell Holmes iaitu tahap pemikiran mengumpul seterusnya tahap pemikiran memproses dan tahap pemikiran mengaplikasi)
Di mana yang dikatakan tahap pemikiran memproses tu? Iaitu pelajar mengenalpasti maklumat di perenggan kedua.  Antara janjang aritmetik atau janjang goemetri  Juga pelajar menyenaraikan dari maklumat perenggan kedua tu
Di mana pula tahap pemikiran memproses dalam soalan tu? Iaitu pelajar sedang membuat analogi iaitu turutan itu turutan geometri atau turutan aritmetik dari peranggan kedua.  Juga pelajar akan membuat urutan dan mentafsir dari perenggan kedua itu
Di mana pula tahap pemikiran mengaplikasi? Iaitu pelajar response kepada tugasan soalan iaitu mencari pertambahan pada setiap bulan dengan melibatkan pemikiran meramal serta menentukan
3.  Konteks yang baharu - stimulus memberi kita guru ruang untuk membina soalan menggunakan ransangan yang baharu terhadap pelajar
4.   Stimilus itu membolehkan kita guru membina soalan yang mengaitkan dengan situasi kehidupan
5.   Fasa ini menyekatkan kita guru dari menggunakan soalan yang sama semula.  Pendapat saya soalan klon membolehkan kita guru belajar membina soalan dan kita create soalan yang memenuhi syarat soalan KBAT


Kenapa pula item di sebelah merupakan item KBAR

1.  Stimulus - Oklah stimulusnya untuk  menjana pelajar berfikir.  Maka item ini mempunyai stimulus
2.  Pelbagai tahap pemikiran - soalan ini straight forward.  Sudah dinyatakan jenis turutan itu iaitu beza sepunya, maka ia adalah janjang aritmetik. Maka item ini tiada pelbagai tahap pemikiran
3.  Tiada konteks yang dinyatakan. Maksudnya bagaimana sebutan sebutan itu terbina,  terjadi atau terbentuk.  Dari situasi mana ? Seolah olah ia telah didelete oleh pembina soalan atau binaan itu berdasarkan kehendak rumus topik itu (agar selari dengan kehendak penggunaan rumus tersebut) Maka item ini tiada konteks yang baharu.
4.  Situasi sebenar dalam kehidupan - tiada situasi yang dinyatakan dalam soalan ini.  Cuma ianya menyatakan satu bentuk kejadian yang telah diubah menjadi ayat matematik.  Terus saja kepada ayat matematik.  Maka item ini tiada situasi sebenar dalam kehidupan
5.   Item tidak berulang - fasa ini susah sikit untuk dihukum.  Tapi berasaskan pengalaman, banyak kita terbaca item sedemikian sebelum ini.  Maksudnya sesuatu item itu berulang atau tidak berulang bergantung kepada penerimanya.  Jika ia telah biasa di latihtubi, maka item sedemikian akan menjadi item yang padanya adalah item yang berulang-ulang walaupun ianya dibina dalam konteks yang berbeza.  Tapi bagi orang yang tiada mengalami frasa latihtubi, segala item yang diberi, adalah padanya item itu adalah item yang tidak berulang.
Maka item ini sebenarnya adalah item yang berulang

PEDAGOGI ABAD KE-21



Apakah ciri ciri pedagogi sekarang dengan pedagogi abad 21 yang perlu diteruskan dan yang perlu ditokok tambah nilainya ............



Antara yang ada sekarang  ialah ................




Antara cadangan ditambah baik ialah ,,,,,,,

Penggunaan FROG VLE

Juga ditambah dengan lakaran pemikiran pelajar sewaktu pdp yang dijalankan



















Bagi kita matematik, 5 tulah yang kita dah diberi pendedahan.

Bagaimana dengan PLC ?
Kenapa PLC itu dihukum sebagai satu kaedah pedagogi abad ke 21



Sumber copy and paste
berkaitan dengan pedagogi abad ke 21 di bawah ni.........

Kemahiran, guru dan pelajar abad ke-21

Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)




Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini




Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi


Pautan kepada pembacaan Abad ke 21
http://www.slideshare.net/morkie/kelas-abad-ke-21
Pautan kepada Pembelajaran Abad ke 21
Pendidikan Abad ke 21
Kemahiran Abad ke 21
Apa itu PLC
Apakah itu Lesson Study?


Wednesday, 5 November 2014

Dengarnya......
Kertas Matematik 1449/2 yang diuji kepada semua calon SPM 2014 hari , 5/11/2014  Rabu jam 10.00 -12.30 tengahari mendapat response rencam dari pihak guru dan pelajar.

Apa cikgu Zizan tak ajar pun..........response pelajar selepas keluar dari Dewan Peperiksaan.
Whats up group guru matematik SMK Jerlai (F) di wartakan ada 5 soalan KBAT di Bahagian A Kertas 1449/2 tu.

Setakat malam ini, kumpulan guru maths daerah telah mula meluahkan response masing masing.  Semuanya semacam kesal dengan perubahan yang dilakukan terhadap soalan soalan cari makan calon.  Ape tidaknya setelah 4 tahun mereka belajar persamaan serentak itu di tingkatan 1, kemudiannya mereka ditanya diakhir penilaian menengah mereka.

Pandangan aku dalam hal ni ialah.....

1.   Perkara baru memangnya di luar jangkaan
2.   Perkara baru ini pasti mengajak kita supaya bertindak dalam melayan kehadiran saudara KBAT tu.  Contoh cadangan tindakan aku yang terfikir sekarang ini ialah ..... kekalkan cara pengajran Persamaan Linear Serentak.  Cuma diakhir penguasaan pelajar terhadap topik itu ialah, menyelitkan usaha pelajar untuk menulis ayat matematik dari situasi yang wujudkan.  Cara untuk kita guru mewujudkan situasi itu ialah fikirkan dua medium yang berbeza dan berhubungan antara mereka.
Contoh medium ialah tepung dan gula.  Hubungan pertama mereka ditulis dalam kuantiti yang mengaitkan mereka dalam menghasikan bilangan sesuatu.  Hubungan kedua meraka pula mungkin mengaitkan harga mereka untuk menghasilkan kuantiti tertentu.

Begitulah keadaan seterusnya bagi topik topik yang lain pula.  Senang cakap ialah pendekatan yang kita gunakan kekalkan.  Cuma ditambah setelah pelajar telah menguasai iaitu di situasikan soalan soalan itu.  Contoh matriks.  Ia adalah merupakan susunan.  Maka kita berikan soalan yang melibatkan kedudukan.  Pastu arah pelajar selesaikan.

Jika KLBG (Kecerunan Luas Bawah Graf) minta response calon initiate dari situasi yang diberi kemudian barulah menyelesaikannya, maka mungkin soalan topik set boleh begitu juga.

Situasi bagi perimeter luas mungkin rajah sktor dan lorekkannya itu, mungkin kita situasikan dengan cara luas pada kawasaan di minda pelajar.  Contohnya kawasan taman ilmu di kawasan sekolah

Perbincangan tidak formal bersama Pengetua mencerminkan hasrat  perubahan yang tinggi pada semua guru dalam mengendalikan proses bersama pelajar ketika pdp.  Apa pun dalam masa 40 hingga 40 minit atau mana mana waktu yang dibenarkan, corakkanlah iklim sewaktu bersama mereka.  Aliran asas dari mudah ke kompleks itu perkara basic.  Tapi rencamkannya dengan bahan dan alat.  Sewaktu bila yang ciri pedagogi abad ke 21 itu menjelma dalam masa waktu itu?

Ianya menjelma sewaktu pelajar dan bahan, pelajar dan pelajar saling berhubungan.  Benarkan pergerakan fizikal.  Benarkan proses perbincangan.  Tapi semua itu dalam kawalan masa guru.  Mungkin dalam sekian masa, pelajar harus zahirkan dapatan mereka.  Mungkin secara persembahan.  Mungkin secara pengumuman.  Mungkin secara menulis di papan tulis,

Yang perkara pokok untuk kelihatan ciri 21 itu ialah penggunaan alat.  Penggunaan alat pula boleh dibahgikan kepada dua.  Pelajar dan guru.  Software dan hardware.

Hardware yang mungkin sesuai
Pelajar mungkin boleh menggunakan alatan seperti kertas mahjung, alat tulis, jaringan internet dilokasi pertemuan seperti zoom atau hurdle Atau mungkin lap top jika tidak PC.  Sementara guru pula mungkin berkongsi hardware seperti LCD screen.  Alatan common yang mungkin di fokuskan ialah lakaran grafik pemikiran pelajar sewaktu penzahiran dapatan mereka iaitu peta pemikiran i THINK.  Penggunaan FROG VLE bersama sewaktu pdp berlangung juga dikatakan ciri 21 itu ada.

Persoalan yang masih berlegardifikiran ialah apa ciri khusus (distinct properties).pedagogi 21 ini. Siapa yang authorise nak info kita berkaitan dengan pedagogi 21 kalau tak selain pensyarah yang bernama cikgu GOOGLE.... hi hi