Saturday, 8 November 2014

CIRI PEDAGOGI ABAD KE 21 (SUATU PANDANGAN)

Semuanya atas desakan kemajuan peradaban manusia.  Kita guru perlu melakukan perubahan itu bagi menyediakan modal insan untuk  menghadapi cabaran yang akan datang.

Saya akan menyentuh apa yang telah kita ada sekarang dan apakah yang perlu kita tambah pada diri kita bagi berjaya melaksanakan cabaran sebagai guru yang akan mengendalikan pedagogi abad ke 21. Atau dalam kata lain kita yang menjalankan PdpA21 (proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21).  


Soalan yang bermain di kepala aku sebagai guru ialah bagaimana nak melaksanakan pedagogi abad 21 ni ????
Bahan edaran perlu buat tak macam sekarang ni ?
Perlu ke aku bawa budak ke komputer lab untuk buat PdpA21 tu.  Tak boleh ke buat di kelas diaorang ?
Wajib ke aku pakai LCD dan laptop?
Takkan setiap kali aku kena guna  ICT (serve internet)?
Bagaimana dengan asakan soalan KBAT tu.  Bolehke pdp aku tu menyediakan pelajar agar dapat memperoleh markah tinggi dalam soalan KBAT tu dengan melaksanakan PdpA21
Bagaimana bahan yang perlu aku edarkan kepada pelajar aku supaya mereka ialah element yg menjayakan pembelajaran abad ke 21
Apakah kaedah atau method yang perlu aku buat bagi mencirikan pdp aku tu pedagogi 21?


Kita mesti tahu  apa ciri ciri pdp kita tu.  Bagaimana nak sediakan pdp tu.  Apa persiapan yang perlu dibuat. Apa kaedah yang perlu dijalankan bagi menjayakan pdp itu.

Maka ....... aku nak share sikitlah dapatan googling aku bersama kalian. berkaitan dengan ciri ciri pedagogi abad 21 ni ...

Pedagogi Abad 21
Mungkinlah inilah antara ciri cirinya

-          Merangsang penyelesaian masalah
(pdp tu mungkin bermula dengan satu persoalan yang memerlukan pelajar untuk     menyelesaikan masalah)
            Menggunakan Projek Base Learning (maknanya pembelajaran pelajar adalah secara projek                 bukan seperti sekarang kot di mana kita guru yang bagitau mereka)
            Contoh
            Kreativiti dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


-          Bekerja secara kaloboratif
(maknanya persediaan guru tu adalah seperti Lesson      Studi – sediakan bahan  bahan , memerhati pdp dan membuat refleksi.  Maknanya kita guru maths SMK   Jelai (F) pernahlah melalui pedagogi begini


-          Meliputi pelbagai disiplin ilmu
Mungkin sewaktu mengajar subjek maths tu kita kaitan dengan subjek goegrafi,  subjek sains, subjek sejarah, subjeka Bahasa, subjek Pendidikan Islam, subjek MPV        Perabot, subjek PSV, subjek EA, subjek RS, subjek SPN, Kimia, Fizik , Biologi, PA dan       lain lain


     
-          Mengaitkan keadaan sebenar (kontekstual)
Pdp tu mengaitkan dengan kehidupan sebenar.  Contoh dalam pdp matematik..        Ambillah tajuk penjelmaan.
Mungkin kita guru boleh buat sewaktu set induksi itu tunjukkan corak sesuatu                   seperti     di                     https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTKPTmTIv1hggaGwEJLoNH8NGKlkfNnuc-Z6f8_v7_c934diy8nBA


-          Menggalakkan kemahiran berfikir
Apabila pdp tu seperti projek base learning, kita guru mesti bersedia untuk                       memikirkan dapatan pelajar yang mungkin akan mencabar content kita terhadap   silibus atau sukatan.  Sebagai guru matematik, cabaran yang paling ketara apabila membenarkan pelajar melalui proses pembelajaran projek base ialah kita  akan dapat bi modal berlaku, set data ogif yang membentuk ogif sebagai garis lurus, perubahan data secara konsisten tidak selari dengan perubahan terhadap sukatan kecenderungan memusat seperti yang diharapkan
Secara amnya, pedagogi 21 ni bukan sahaja begitu rupanya, malahan tanpa kita sedari ianya telah menggalakkan apa yang kita kenali sebagai pembelajaran kontstruktivisme.  Konstruktif.  Biarkan mereka belajar secara konstruktif. Tapi awas.  Kita guru perlu kawal pembelajaran ini agar ia tidak menjadi pembelajaran radikal konsturktivisme.  Penemuan penemuan yang menyimpang perlu ditegah

No comments:

Post a Comment