Thursday, 6 November 2014

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kalau dulu....... soalan yang begitu menggerunkan aku apabila cikgu maths aku tanya aku

                                          5 + 5  berapa

Menggigil aku mencari jawapannya.........
Akhirnya jawapan tu aku dapat dan cikgu pun tahu jawapan aku itu betul sebab ianya  sama dengan jawapan cikgu.

Tapi sekarang benda yang sama berlaku tapi dari perspektif yang berbeza iaitu

                                         siapa + siapa dapat 10

Kali ini bukan pelajar sahaja yang menggigil  malahan  aku pun turut menggigil......
Sebab jawapan pelajar aku tu bermacam macam dan tidak sama dengan jawapan aku.  Last last aku kena check jawapan yang  diberi oleh pelajar tu samada betul atau salah .  Aku tak boleh terus menghukum atau memuji pelajar atas jawapan yang dikemukakannya.  Sebagai contoh jawapan yang mungkin diberi oleh pelajar sekolah rendah ialah semua nombor bulat.  Pelajar yang mencapah pemikirannya mungkin memberi jawapan dalam bentuk perpuluhan atau dalam bentuk pecahan atau kedua-duanya sekali.  Bagi pelajar yang mengaji matematik tambahan mungkin akan menyebabkan keadaan lebih mencapah lagi.  Mereka mungkin memberikan jawapan seperti di bawah

                         log 10  +  9    atau   tan 45 + 9cos 0

Berikut dicerahkan berkaitan dengan item yang di kategorikan sebagai item KBAT

Sumber



CONTOH SOALAN KBAT BAGI SUBJEK SAINS


CONTOH SOALAN KBAT DAN SOALAN KBAR SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN
TOPIK JANJANG

Soalan Janjang KBAT
 Soalan bagi topik Janjang di sebelah adalah soalan berbentuk KBAT kerana memenuhi ciri ciri soalan KBAT iaitu
1.  Stimulus - petikan cerita iaitu Azmah itu seorang jurujual dan seterusnya...
2.  Pelbagai tahap pemikiran- (saya merujuk kepada aras atau tahap inteleks Oliver Wendell Holmes iaitu tahap pemikiran mengumpul seterusnya tahap pemikiran memproses dan tahap pemikiran mengaplikasi)
Di mana yang dikatakan tahap pemikiran memproses tu? Iaitu pelajar mengenalpasti maklumat di perenggan kedua.  Antara janjang aritmetik atau janjang goemetri  Juga pelajar menyenaraikan dari maklumat perenggan kedua tu
Di mana pula tahap pemikiran memproses dalam soalan tu? Iaitu pelajar sedang membuat analogi iaitu turutan itu turutan geometri atau turutan aritmetik dari peranggan kedua.  Juga pelajar akan membuat urutan dan mentafsir dari perenggan kedua itu
Di mana pula tahap pemikiran mengaplikasi? Iaitu pelajar response kepada tugasan soalan iaitu mencari pertambahan pada setiap bulan dengan melibatkan pemikiran meramal serta menentukan
3.  Konteks yang baharu - stimulus memberi kita guru ruang untuk membina soalan menggunakan ransangan yang baharu terhadap pelajar
4.   Stimilus itu membolehkan kita guru membina soalan yang mengaitkan dengan situasi kehidupan
5.   Fasa ini menyekatkan kita guru dari menggunakan soalan yang sama semula.  Pendapat saya soalan klon membolehkan kita guru belajar membina soalan dan kita create soalan yang memenuhi syarat soalan KBAT


Kenapa pula item di sebelah merupakan item KBAR

1.  Stimulus - Oklah stimulusnya untuk  menjana pelajar berfikir.  Maka item ini mempunyai stimulus
2.  Pelbagai tahap pemikiran - soalan ini straight forward.  Sudah dinyatakan jenis turutan itu iaitu beza sepunya, maka ia adalah janjang aritmetik. Maka item ini tiada pelbagai tahap pemikiran
3.  Tiada konteks yang dinyatakan. Maksudnya bagaimana sebutan sebutan itu terbina,  terjadi atau terbentuk.  Dari situasi mana ? Seolah olah ia telah didelete oleh pembina soalan atau binaan itu berdasarkan kehendak rumus topik itu (agar selari dengan kehendak penggunaan rumus tersebut) Maka item ini tiada konteks yang baharu.
4.  Situasi sebenar dalam kehidupan - tiada situasi yang dinyatakan dalam soalan ini.  Cuma ianya menyatakan satu bentuk kejadian yang telah diubah menjadi ayat matematik.  Terus saja kepada ayat matematik.  Maka item ini tiada situasi sebenar dalam kehidupan
5.   Item tidak berulang - fasa ini susah sikit untuk dihukum.  Tapi berasaskan pengalaman, banyak kita terbaca item sedemikian sebelum ini.  Maksudnya sesuatu item itu berulang atau tidak berulang bergantung kepada penerimanya.  Jika ia telah biasa di latihtubi, maka item sedemikian akan menjadi item yang padanya adalah item yang berulang-ulang walaupun ianya dibina dalam konteks yang berbeza.  Tapi bagi orang yang tiada mengalami frasa latihtubi, segala item yang diberi, adalah padanya item itu adalah item yang tidak berulang.
Maka item ini sebenarnya adalah item yang berulang

1 comment: