Dengarnya......
Kertas Matematik 1449/2 yang diuji kepada semua calon SPM 2014 hari , 5/11/2014 Rabu jam 10.00 -12.30 tengahari mendapat response rencam dari pihak guru dan pelajar.
Apa cikgu Zizan tak ajar pun..........response pelajar selepas keluar dari Dewan Peperiksaan.
Whats up group guru matematik SMK Jerlai (F) di wartakan ada 5 soalan KBAT di Bahagian A Kertas 1449/2 tu.
Setakat malam ini, kumpulan guru maths daerah telah mula meluahkan response masing masing. Semuanya semacam kesal dengan perubahan yang dilakukan terhadap soalan soalan cari makan calon. Ape tidaknya setelah 4 tahun mereka belajar persamaan serentak itu di tingkatan 1, kemudiannya mereka ditanya diakhir penilaian menengah mereka.
Pandangan aku dalam hal ni ialah.....
1. Perkara baru memangnya di luar jangkaan
2. Perkara baru ini pasti mengajak kita supaya bertindak dalam melayan kehadiran saudara KBAT tu. Contoh cadangan tindakan aku yang terfikir sekarang ini ialah ..... kekalkan cara pengajran Persamaan Linear Serentak. Cuma diakhir penguasaan pelajar terhadap topik itu ialah, menyelitkan usaha pelajar untuk menulis ayat matematik dari situasi yang wujudkan. Cara untuk kita guru mewujudkan situasi itu ialah fikirkan dua medium yang berbeza dan berhubungan antara mereka.
Contoh medium ialah tepung dan gula. Hubungan pertama mereka ditulis dalam kuantiti yang mengaitkan mereka dalam menghasikan bilangan sesuatu. Hubungan kedua meraka pula mungkin mengaitkan harga mereka untuk menghasilkan kuantiti tertentu.
Begitulah keadaan seterusnya bagi topik topik yang lain pula. Senang cakap ialah pendekatan yang kita gunakan kekalkan. Cuma ditambah setelah pelajar telah menguasai iaitu di situasikan soalan soalan itu. Contoh matriks. Ia adalah merupakan susunan. Maka kita berikan soalan yang melibatkan kedudukan. Pastu arah pelajar selesaikan.
Jika KLBG (Kecerunan Luas Bawah Graf) minta response calon initiate dari situasi yang diberi kemudian barulah menyelesaikannya, maka mungkin soalan topik set boleh begitu juga.
Situasi bagi perimeter luas mungkin rajah sktor dan lorekkannya itu, mungkin kita situasikan dengan cara luas pada kawasaan di minda pelajar. Contohnya kawasan taman ilmu di kawasan sekolah
Perbincangan tidak formal bersama Pengetua mencerminkan hasrat perubahan yang tinggi pada semua guru dalam mengendalikan proses bersama pelajar ketika pdp. Apa pun dalam masa 40 hingga 40 minit atau mana mana waktu yang dibenarkan, corakkanlah iklim sewaktu bersama mereka. Aliran asas dari mudah ke kompleks itu perkara basic. Tapi rencamkannya dengan bahan dan alat. Sewaktu bila yang ciri pedagogi abad ke 21 itu menjelma dalam masa waktu itu?
Ianya menjelma sewaktu pelajar dan bahan, pelajar dan pelajar saling berhubungan. Benarkan pergerakan fizikal. Benarkan proses perbincangan. Tapi semua itu dalam kawalan masa guru. Mungkin dalam sekian masa, pelajar harus zahirkan dapatan mereka. Mungkin secara persembahan. Mungkin secara pengumuman. Mungkin secara menulis di papan tulis,
Yang perkara pokok untuk kelihatan ciri 21 itu ialah penggunaan alat. Penggunaan alat pula boleh dibahgikan kepada dua. Pelajar dan guru. Software dan hardware.
Hardware yang mungkin sesuai
Pelajar mungkin boleh menggunakan alatan seperti kertas mahjung, alat tulis, jaringan internet dilokasi pertemuan seperti zoom atau hurdle Atau mungkin lap top jika tidak PC. Sementara guru pula mungkin berkongsi hardware seperti LCD screen. Alatan common yang mungkin di fokuskan ialah lakaran grafik pemikiran pelajar sewaktu penzahiran dapatan mereka iaitu peta pemikiran i THINK. Penggunaan FROG VLE bersama sewaktu pdp berlangung juga dikatakan ciri 21 itu ada.
Persoalan yang masih berlegardifikiran ialah apa ciri khusus (distinct properties).pedagogi 21 ini. Siapa yang authorise nak info kita berkaitan dengan pedagogi 21 kalau tak selain pensyarah yang bernama cikgu GOOGLE.... hi hi
No comments:
Post a Comment