Saya akan menyentuh apa yang telah kita ada sekarang dan apakah yang perlu kita tambah pada diri kita bagi berjaya melaksanakan cabaran sebagai guru yang akan mengendalikan pedagogi abad ke 21. Atau dalam kata lain kita yang menjalankan PdpA21 (proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21).
Soalan yang bermain di kepala aku sebagai guru ialah bagaimana nak melaksanakan pedagogi abad 21 ni ????
Bahan edaran perlu buat tak macam sekarang ni ?
Perlu ke aku bawa budak ke komputer lab untuk buat PdpA21 tu. Tak boleh ke buat di kelas diaorang ?
Wajib ke aku pakai LCD dan laptop?
Takkan setiap kali aku kena guna ICT (serve internet)?
Bagaimana dengan asakan soalan KBAT tu. Bolehke pdp aku tu menyediakan pelajar agar dapat memperoleh markah tinggi dalam soalan KBAT tu dengan melaksanakan PdpA21
Bagaimana bahan yang perlu aku edarkan kepada pelajar aku supaya mereka ialah element yg menjayakan pembelajaran abad ke 21
Apakah kaedah atau method yang perlu aku buat bagi mencirikan pdp aku tu pedagogi 21?
Kita mesti tahu apa ciri ciri pdp kita tu. Bagaimana nak sediakan pdp tu. Apa persiapan yang perlu dibuat. Apa kaedah yang perlu dijalankan bagi menjayakan pdp itu.
Maka ....... aku nak share sikitlah dapatan googling aku bersama kalian. berkaitan dengan ciri ciri pedagogi abad 21 ni ...
Pedagogi Abad 21
Mungkinlah inilah antara ciri cirinya
-
Merangsang penyelesaian
masalah
(pdp tu mungkin bermula dengan satu
persoalan yang memerlukan pelajar untuk menyelesaikan
masalah)
Menggunakan
Projek Base Learning (maknanya pembelajaran pelajar adalah secara projek bukan
seperti sekarang kot di mana kita guru yang bagitau mereka)
Contoh
Kreativiti dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
-
Bekerja secara
kaloboratif
(maknanya persediaan guru tu adalah seperti
Lesson Studi – sediakan bahan bahan , memerhati pdp dan membuat
refleksi. Maknanya kita guru maths SMK Jelai (F) pernahlah melalui pedagogi begini
-
Meliputi pelbagai
disiplin ilmu
Mungkin sewaktu mengajar subjek maths tu
kita kaitan dengan subjek goegrafi, subjek
sains, subjek sejarah, subjeka Bahasa, subjek Pendidikan Islam, subjek MPV Perabot, subjek PSV, subjek EA, subjek
RS, subjek SPN, Kimia, Fizik , Biologi, PA dan lain
lain
-
Mengaitkan
keadaan sebenar (kontekstual)
Pdp
tu mengaitkan dengan kehidupan sebenar.
Contoh dalam pdp matematik.. Ambillah tajuk penjelmaan.
Mungkin kita guru boleh
buat sewaktu set induksi itu tunjukkan corak sesuatu seperti
di https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTKPTmTIv1hggaGwEJLoNH8NGKlkfNnuc-Z6f8_v7_c934diy8nBA
-
Menggalakkan
kemahiran berfikir
Apabila
pdp tu seperti projek base learning, kita guru mesti bersedia untuk memikirkan dapatan pelajar yang mungkin akan mencabar content kita
terhadap silibus atau sukatan.
Sebagai guru matematik, cabaran yang paling ketara apabila membenarkan pelajar melalui proses pembelajaran projek
base ialah kita akan
dapat bi modal berlaku, set data ogif yang membentuk ogif sebagai garis lurus,
perubahan data secara konsisten tidak selari dengan perubahan terhadap sukatan kecenderungan memusat seperti yang diharapkan
Secara amnya, pedagogi 21 ni bukan
sahaja begitu rupanya, malahan tanpa kita sedari ianya telah menggalakkan apa yang
kita kenali sebagai pembelajaran kontstruktivisme. Konstruktif.
Biarkan mereka belajar secara konstruktif. Tapi
awas. Kita guru perlu kawal pembelajaran
ini agar ia tidak menjadi pembelajaran radikal konsturktivisme. Penemuan penemuan yang menyimpang perlu ditegah